Monday, August 22, 2016

Muslimah hair salon - I found it!

My always "mostly read" post in my blog is the "Muslimah hair salon, please!"

I wrote that in 2012, and now it's 2016. It proves that many of us, Muslim women are still looking for the best hair salon for us.

I haven't been updating anything previously because I was still looking for one.

I have been in and out of Hairven, Math Equations, Dedaun Spa, etc. None. None made me stay. So for the past three years, it has been a battle. A constant battle of where.

I have a thick hair, straight at the root but wavy at the end. My previous stylist at Headkandee did a wonderful job in layering it so it won't look too thick and make me uncomfortable. But none. Just none after her. I switched from my 4 years hairstylist after I started to wear my headscarf.

Recently, I tried one and it is love at first sight, girls! Seriously, literally. I know this is the one that I'm gonna stay with for the longest time.




Capello by Nina in Bangi :)

Ain't it beautifullll??? Sorry didn't dare take too much picture, takut tercapture gambar girls without their head scarves here as this is strictly for women.

It has a place for your kids to play around as well. Not that I bring the girls for my "me" time. But just in case you have to, they even't play Boboboi for your kids so they won't distract you.

I had the senior stylist trimmed my hair for RM 53 and Moisture treatment for RM 96 for my first visit a week ago. I'm planning for another visit and hope to try the 02 treatment next :)

Also, obviously got the member card for RM 25, where it will give me 10% off for any of my visit after this including for my friends if they are with me. And on my birthday, 30% off of any treatment, How good is that????

Ohhh.. this is not a sponsored post, girls. I just share my findings, so no worries. I benefit none from my post.

Also just some updates from my previous post, Seputeh Kapas has been closed down some time ago.

So, since 2013, I have been going to Wain Health and Beauty Centre for my facial religiously. And Reborn for my massage. These two are the best, seriously.

But I'm looking for a good place for body scrub still. Been going to Dedaun Spa previously, but it closed down earlier this year as well. So, please suggest if you have any good ones. ladies!

Much love ♥!

Tuesday, August 9, 2016

Purification of the Heart: Important notes from Mufti Ismail Menk

I listened to this talk by Mufti Menk just now while doing my work, just thought of sharing what I managed to digest. Mufti Menk's speech is always very near to my heart, and this one brought me to tears this morning.


  1. Purification of the heart begins when you start to find out the words of Allah. Hence, try to understand the meaning of your solat or surahs
  2. When you see someone that is doing a sin, make a doa for him. Praying for somebody to be better will make yourself a better person as well. "Ya Allah, please grant this man hidayah, and grant me hidayah as well"
  3. Patience: If it takes you 40 years to discover your Creator, don't expect people to be better in 4 minutes
  4. When somebody advises you, don't think that they are judging you. "Judge" and "Advice" are two different things
  5. Don't give sedekah something that is haraam, eg. short dress. 
  6. When you give someone something, you must know what it is.
  7. When you want to ask Allah SWT, ask for  1) Jannah 2) Purification of heart 3) Steadfast
  8. If you constantly repent, with the correct way, it will bring you to Allah swt and keep you away from sin. Eg. You istighfar always, then when you want to do sin, it will not go together.
  9. Sign that solah is done correctly: On time and worried about the next one. Sins will eradicate themselves.
  10. Things that avoid the purification of heart; 1) you do solat but you still do the sins such as pornography every night 2) Do sins when nobody is watching
  11. Solat/any ibadah without any other people knowing, purifies the heart. That is the link between you and Allah swt.
  12. Cry or even weep for repentance, that's the sign of purification of the heart

Power Parenting: Parenting Gaya Rasulullah - A review pt 5

PARENTING GAYA RASULULLAH
Fifth session: Ustazah Isfadiah


PENGASUHAN GAYA NABI
==================

nak jadi parent kena ada usaha utk jaga kesihatan diri

berusaha utk menjadi ibu yg baik.

kalau nak belajar dgn baik kena ajar diri sendiri.

Ustzh Isfadiah rapat dgn ayahnya.

Ustzh mengkaji santun cara nabi mendidik anak2.

Surah Ali Imran surah tema keluarga. watak imran tiada dlm surah tu. tp watak isteri imran diceritakan.

Surah luqman surah didikan anak2.

nabi yg cerita nya pasal anak2 sahaja iaitu nabi yaakub.

Allah tinggalkan byk model yg boleh dicontohi.

parent adalah satu jawatan tak boleh letak jawatan. jawatan seumur hidup.

Allah tak htr hanya AlQuran. tp hantar nabi utk demontrasi.

cara nabi adalah yg terbaik.
"Org yg paling baik antara kamu adalah org yg paling baik dgn ahli keluarganya.dan aku adalah terbaik dalam melayan ahli keluargaku."

Rasulullah adalah role model.

set minda anak.
skill bakat anak.

setiap hari 15 minit JOM AMAL refer buku 365 didik anak cara nabi.
buat bersama anak2.

#kupasan video 
#video 1-kanak2 sekolah jepun.
disiplin dan peraturan.
sediakan peraturan dlm rumah dan syura dgn suami/isteri.

#video 2 - 911 nanny
pengawasan/kepekaan
contoh teladan
fokus

#video 3 - kanak2 hisap rokok 40 btg setiap hari sejak 18 bulan
galakkan

#video 4 - calo
u are here not to survive, u are here to fight

Power Parenting: Aplikasi NLP dalam Parenting - A review pt 4

APLIKASI NLP DALAM PARENTING
Fourth Session: Hj Fadzli Yusof

Anak satu pelaburan.
melabur skim cepat kaya. mula2 je happy lepas tu...down.
begitu juga dgn anak.

surah al-luqman
tanggungjwb parent kpd anak2.
ajarlah anak ketika umur 7 tahun. pukul 10 tahun.
tggjwb parent ajar selama 3 tahun 5 kali sehari solat. setahun 800x utk solat. 10800x selama 3 tahun suruh anak solat.

bersabar didik anak. bersabar didik anak.

www.facebook.com/fadzliyusofpage

15 denda tanpa memukul anak.

5 emosi utama seorg anak
1. INGIN DITERIMA

oleh 2 org yg paling penting dalam hidup dirinya ibu dan bapa.
#malangnya sekrg anak diterima oleh kawan2.
tunjukkan bahawa kita kena terima anak kita. buat setiap hari.

aksi yg kita tak diterima
1. marah
2. tak tengok dia cakap
3. bandingkan
4. bapak tak tegur anak sebulan kerana dpt 8A1B

#ignotic noman.
gelombang otak mudah diproses.
-waktu pagi tgh mamai
-waktu nak tidur tgh mamai.
-emosi intent. sgt happy. sgt sedih.

becareful semasa cakap anak dlm keadaan ignotic.

cth. time tu kita ckp kenapa degil sgt ni.

kalau kita tny pertanyaan di saat ignotic sgt bahaya.

cth. beli byk coklat. faizal jgn mkn lagi. lps lunch baru mkn.
lepas tu faizal curi mkn.

kenapa suka kacau adik. sbb hari2 kacau adik.

dah kantoi mughalazoh.

skrip yg betul
+faizal bdk yg baik. faizal buat mcm ni sbb faizal lapar ye. minta maaf dgn mak.

2. INGIN DICINTAI.

Kalau nak mak sayang dapatkan 5A.
kalau nak coki coki sayang mak dulu.

jgn perjudikan kasih sayang. Jangan sesekali kasih sayang dgn condition.

ramai rockers berhijrah adalah dr latar blkg keluarga yg saling menyayangi.

u must keep loving your kids uncondiotionally.

sesungguhnya Allah sungguh gembira kepada hambaNya yang bertaubat.

Allah sayang kita lebih dr kita sayang anak.

3. INGIN DIIKTIRAF

4. BERASA PENTING

say hi waktu bangun pagi.

berckp dgn org yg kita syg dlm keaddn phone dihdpn.

berckp dgn org yg syg smbil pegang phone.

berckp dgn org yg syg sambil memandang phone.

forget phabby(tak tahu ejaan)

limitkan masa kalau biz online

grp wassap tak urgent. anak adalah sosial urgent.

bila dgn anak avoid phone.

malam tak perlu updt fb. schedule kan time updt.

kalau nak buat mlm mintak kebenaran anak.

5. BERASA BERDIKARI

anak nak jd mcm dewasa.

tugas parent. anak spt deposit acc. acc. pelaburan perlu deposit setiap hari. ia satu portfolio pelaburan.

SENI MEMUJI ANAK

memuji dgn intensiti emosi yg tinggi.

sentiasa puji anak at least sehari sekali.

5 komponen pujian
1. sebutkan kebaikan yg dia lakukan. sama ada ia adalah USAHA ataupun HASIL.

kalau anak remaja.
kalau sebut nama agak kliase
cth anak 17 thn melukis dengan cantik.
puji cantiknya nurul meluks
pujian impaks wow! cantiklah lukisan ni.nurul ni mmg pandai melukislah. tasik tu mcm basah. pokok mcm hidup.

2. perincikan USAHA atau HASIL itu kpd 3 perincian.

3. nyatakan perasaan anda terhadap apa yg berlakukan.
mak bangga, I am proud with you.

4. puji diri anak dgn label yg baik.
kreatif. bijak.

5. masukkan aksesori pujian
awesome, terbaik, good job

Power Parenting: Tip power parenting - A review pt 3

TIP POWER PARENTING
Third Session: Dr Tengku Asmadi

Education system di Malaysia tidak membongkar kemahiran anak-anak yg berbeza-beza.
cth : bila ada sebarisan haiwan monyet, gajah, ikan, anjing laut, penguin disuruh memanjat pokok. Dah tentu monyet tersengih lebar sbb mmg kemahiran dia memanjat. sedangkan haiwan lain tercengang je la dengan rasa kecewa.

- tengok kebolehan anak yang berbeza.

ASAS POWER PARENTING
💟agama
💟sahsiah
💟akademik
💟skil

💟AGAMA
Nak anak cemerlang
1. jaga waktu solat. solat awal waktu.
2. rajin baca al-quran.

-apabila anak rajin baca quran, anak jadi pintar.
-bila asas agama kukuh Insya Allah, rezeki murah.

Orang sekarang meminang tak tanya kerja apa. Mereka tanya boleh jd imam tak?

💟SAHSIAH
Sikap anak datang dari rumah
40% ibu bapa
60% guru, rakan, media

Jangan tonjolkan kelemahan kita depan anak.
cth: jgn kata negatif pun depan anak. spt merungut bila kita tak boleh buat sesuatu.
Hati2 apa kita buat. anak ikut.
Hati2 apa kita cakap. anak ikut.
Bila anak duduk sebelah kita. Dia tangkap/rekod apa yg dia nampak.
cth; bapa biasa suke ckp b*** bila sedang marah. terutamanya semasa memandu kereta bila ada kereta lain memotong. anak yang di sebelah tengok dan rekod. Itu yg dicakap nanti.

💟AKADEMIK
Hanya ada Akhlak baik, jujur, amanah tanpa ada ijazah boleh dapat kerja ke?
Boleh dengan berniaga.

Terima hakikat tak semua anak akademik ok.
Walaupun dia tak straight A di dunia, Insya Allah straight A di akhirat.
Jangan terlalu memaksa anak dapat A. sekadar kemampuan mereka.

💟SKILL
Orang ada skill boleh hidup.
Develop skill mereka spy mrk boleh cari rezeki.
cth tukang urut, goreng pisang, melukis, photographer.

Besarkan anak ikut zaman.
🚩Otak yg cerdik dlm usia 7 thn pertama. waktu ni beri pelbagai pendedahan.
🚩Perasaan ingin tahu anak-anak sangat kuat.
🚩Sekiranya dimarah bila mrk bertanya akan membantutkan perasaan ingin tahu mrk.

Statistik PDRM buat kajian anak yg lari dr rumah umur 15-19 thn.

sbb tu usia 8-14 ▶ kena tegas.
             usia 15-19▶ jadikan mrk kawan. tegur cara baik.

💟BEBELAN POSITIF
▶berfikir dalam bentuk gambaran.
▶gambar bentuk tingkah laku.

Otak kita akan hasilkan apa yg kita gambarkan.

Perkataan 'JANGAN' tak tergambar dalam otak.
Otak tak boleh gambarkan perkataan 'JANGAN'

Otak percaya sekiranya dilakukan berulang2.

4 PERKARA PERLU PROGRAM OTAK
1. Cadangkan
2. Unik
3. Berulang2.
4. Emotionally strong.

cth. bayangkan sebakul durian.
cuba jangan bayangkan sebakul durian

▶tentu nak bayang jugakkan sebakul durian tu.

iklan di tv contohnya mmg gunakan 4 perkara di atas.

cth.
1. Aimankan anak mak yg pandai. betul ke pandai (not important)
2. Unik kan.
3. Ulang cakap
4. Emosi - Aimankan anak mak yg baik ( walau dlm keadaan marah)

Beza bebelan +ve dan -ve

Bebelan -ve (IBU A)
1. Abang kenapa bersepah baju.
2. Abg dah pukul brp ni masih lepak lagi.

Bebelan +ve (IBU B)
1. Abg baju masukkan dalam bakul, please.
2. Abg masuk mandi, lepas ni nak solat.

Generasi sekarang
Dapat habuan dulu cth ipad tp makesure solat, homework siap.

Generasi dulu
buat dulu smpi siap baru dapat habuan.

Power Parenting: Parenting Tanpa Stress - A review pt 2

PARENTING TANPA STRES
Second Session: Prof. Dato Dr Muhaya

✅ Kita akan dapat apa yang kita niatkan.
✅ Sebelum buat apa-apa, perlu ada niat yang jelas.
✅ Sentiasa buat refleksi diri:
1) Fizikal
2) Mental
3) Spiritual
✅ Fokus untuk didik hati
✅ Jiwa kita yang tenang, anak-anak kita tenang.
✅ Anak adalah anugerah Allah yang diberi melalui kita.
✅ Amanah ibubapa untuk didik anak-anak menjadi:
1) Hamba Allah yang taat kepada Allah.
2) Khalifah (bagi kebaikan kepada manusia).
3) Buat apa-apa ikut syariat.

✅ Fokus dalam keluarga hanyalah:
1) Syurga
2) Neraka
3) Dosa
4) Pahala

✅ Tips 5-US
1) Niat mesti lurus
2) Ibadat mesti bagus
3) Hati mesti tulus
4) Usaha mesti telus
5) Taubat mesti terus

✅ Hanya orang yang cinta dunia akan stress. Orang kaya ialah orang yang rasa cukup (qanaah).
✅ Sentiasa zikrullah dalam hati (daripada duduk saja-saja tu).
✅ Perkataan dan perbuatan mempengaruhi tenaga kita (perkataan dan perbuatan baik=tenaga kuat, perbuatan dan perkataan negatif=tenaga lemah)
✅ Fokus on developing yourself (berjaya atau tidak bergantung kepada berapa banyak kita nak berubah)
✅ Formula: Peristiwa+Respon=Hasil Kehidupan (depend kepada how we respon kepada peristiwa yang berlaku).
✅ Untuk berubah, sebut 4 perkara:
1) Alhamdulillah saya gembira dan bersyukur
2) Apakah 1 fikiran negatif yang halang saya jadi baik?
3) Apakah tabiat negatif yang cegah saya jadi baik? Try to fight tabiat buruk
4) Apakah tindakan yang kita boleh buat untuk ubah tabiat negatif tersebut?
✅ Kalau anak tak dengar cakap kita, tanya diri kita. Kita dengar tak cakap anak-anak kita?
✅ Kita degil dengan Allah, anak-anak konfem degil dengan kita
✅ 3 peringkat didikan anak-anak:
1) 0-7 tahun: Give love. Bagi kasih sayang
2) 8-14 tahun: Disiplin
3) 15-21 tahun: Be friend
✅ Hargai anak kita
✅ Jika perkara negatif berlaku, taubat dulu. Mintak ampun dari Allah
✅ Ubah diri sendiri dulu. Untuk ubah apa yang kita dapat, ubah apa yang kita beri. Pernah bagi negatif, akan dpt negatif. Bagi yang baik, dapat yang baik-baik.
✅ KUALITI SOLAT menentukan KUALITI KEHIDUPAN

Nota: Sila share dan sebarkan. Semoga bermanfaat untuk semua.

Monday, August 8, 2016

Power Parenting: Paradigma ibu bapa positif - A review pt 1

Catching up with my blog, so anyway, couple of weeks ago Love and I attended a talk called "Power Parenting". It's an 8 to 5pm event, RM120 per pax with talks from 5 icons:

1) Dato' Dr. Fadzilah Kamsah
2) Prof. Dr. Muhaya
3) Dr. Tengku Asmadi
4) Fadzli Yusof
5) Ustazah Isfadiah

It was my first to Dato' Dr. Fadzilah Kamsah's talk, and he quickly became my favourite! Not only due to his contents but also presentation. So many things I've learned from him. Here are some notes, taken during the talk but not by me, but by my friends in the session.

I guess, since they already typed them nicely, might as well just optimize them kan? I asked for their permission beforehand by the way, so no worries. Semoga mereka mendapat pahala berpanjangan.

Oh btw, if you would like to ask me whether you should go or not, I would REALLY HIGHLY recommend this talk as it will be one of your best investment, trust me!



PARADIGMA IBU BAPA POSITIF
First Session: Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

✅ Don't ever claim "I am ok/aku dah ok" sebab: manusia mula jadi jahat bila dia rasa dia baik.
✅ Untuk sebarang perubahan: kene byk bersyukur sebab sgt ramai org tak bersyukur.
✅ Tanda-tanda org yg bersyukur:
1) Patuh perintah Allah
2) Lakukan setiap perkara dgn terbaik (always do the best in everything you do)
3) Bantu org tanpa syarat
4) Doakan org lain (org yg doakan org lain tanpa org itu ketahui, malaikat akan aminkan doanya dan doakan mende yg sama utk dirinya)
5) Maafkan org lain

✅ Asas utama: buat baik kepada kedua ibu bapamu supaya anak-anak mu berbuat baik kepada mu.
✅ Do good things no matter what.
✅ Rutin harian parents sebagai "inspirer": memberi inspirasi & contoh yg baik kepada anak-anak (ransang anak-anak & bagi penjelasan).
✅ Before do anything, DOA. (Apa yang mak ayah ckp itu DOA. Apa yang mak ayah fikir itu DOA. Maka, cakap & fikir yang baik-baik sahaja).
✅ Nak ubah orang lain, ubah diri sendiri dulu.
✅ 40 hari tak masuk dalam majlis ilmu, hati jadi gelap (majlis ilmu nowadays dah luas & senang didapati. Cth tengok majlis ilmu di tv @ internet).
✅ Manusia ditegur oleh Allah melalui manusia lain. Jadi, jangan marah/kecil hati bila ditegur. Jangan kecil hati walaupun cara menegur itu kurang hikmah.
✅ Kenal diri (siapa kenal diri, dia kenal Tuhannya).
✅ Mak ayah jangan marah-marah waktu pagi. Boleh menjejaskan emosi anak sepanjang hari.
✅ Kenapa mak bapak baik-baik, tapi anak jahat/tak dengar kata?
1) duit/rezeki TAK berkat (zakat tak dikeluarkan dengan sempurna. Zakat pendapatan tak setel. Ramai org terlepas pandang zakat emas dan perak)
✅ Kenapa mak bapak tak hebat mana dari segi pendidikan dan lain-lain tapi dapat anak yang baik-baik/pandai etc?
1) Amalan mak bapak itu sendiri (sentiasa doakan yang baik-baik kepada anak-anak & selalu mengaji quran) : sebab doa mak bapak mustajab
✅ Menurut kajian, anak yang nakal semasa kecil akan jadi orang dewasa yang bijaksana.
✅ Allah temukan yang terbaik untuk kita. Apa yang Allah bagi tak pernah silap (cth: jodoh).
✅ Kenal diri,
1) Kelebihan (gilap dan guna kelebihan yang ada pada diri kita untuk berjaya)
2) Kelemahan diri (atasi kelemahan diri untuk tujuan memperbaiki diri).
✅ Jangan risau anak tak dengar cakap kita, risaulah yang anak tengok diri kita (sebab anak akan tiru apa yg dia nampak).
✅ Rutin mak ayah yang cemerlang:
1) Solat wajib 5 waktu diawal waktu, solat-solat sunat tak tinggal terutama witir (setiap malam, bkn ramadhan sahaja), solat sunat taubat sebelom tido (jangan tido sebelom solat taubat).
2) Istighfar 70x setiap hari
3) Suami isteri memaafkan sebelom tido
4) Murnikan hati dengan sentiasa zikir, istighfar & solat taubat (semua ni membuka pintu rezeki)
5) Maafkan semua org sebelom tido
6) Tido mengiring ke kanan, baca doa & 3 Qul (kalau kita buat ni sebelom tido, setiap saat kita tido dapat pahala)
✅ GAMBAR YANG JELAS ITU ADALAH DOA YANG PALING MAKBUL
✅ Cara belajar yang betol:
1) duduk di kerusi/meja study
2) mengadap kiblat
3) Baca doa & surah Al Insyirah
4) Sebelom belajar, doakan guru-guru

✅ Setiap arahan pada anak, perlu ada gambaran.
1) Contoh arahan yg SALAH : Makan elok-elok (tiada gambaran disini macam mana cara nak makan elok-elok & anak tak bole proses arahan tu sebab dia pon tak tau macam mana nak makan elok-elok)
2) Contoh arahan yang BETUL: Irsyad, Amna.. Nak makan duduk, pastu baca doa makan & makan pakai tangan kanan ye.. (Dari sini anak dapat gambarkan macam mana cara nak terima arahan sebab gambaran yang diberikan oleh mak ayah nya jelas).

✅ Cara didik anak lelaki: guna logik & terangkan kenapa boleh kenapa tak boleh
✅ Cara didik anak perempuan: guna emosi ( kasih sayang & pujian. Puji untuk tingkatkan aura positif anak.

✅ Bentuk matlamat yang JELAS dan bentuk MISI dalam keluarga (contoh: ayah nak anak ayah jaga solat diawal waktu & baca quran lepas solat.
✅ Anak-anak kita SEMUANYA hebat tetapi berbeza-beza.
✅ Waktu maghrib, jangan benarkan anak keluar rumah melepasi waktu Maghrib (pesan Nabi untuk kita berada didalam rumah diwaktu Maghrib).
✅ Baca quran (rumah yang dibaca kan al Quran didalamnya Allah bagi rahmat).
✅ Dalam rumahtangga kita, HARAMKAN perkataan Negatif.
✅ Ibu bapa berubah dulu sebelom nak ubah anak-anak.
✅ Sentiasa ingatkan anak-anak tentang ibadah.
✅ Sebelom masuk rumah:
1) Baca Bismillah+ Surah Al Ikhlas+ salam = orang-orang dalam rumah & jiran =kaya (Hadis Sahih).
✅ Cara nak cari hidayah & rahmat Allah: terima tetamu dengan ikhlas kerana tetamu membawa masuk 1000 hidayah & membawa balik 1000 maghfirah.
✅ Parents please: No gadget at home. Gadget adalah untuk merapatkan yang jauh. Jangan kerana gadget ia menjauhkan yang dekat. Pukul 9-11pm no gadget. Simpan dalam almari.

✅ Waktu yang paling jitu untuk nasihatkan anak-anak:
1) Sebelom tido
2) Nasihat semasa tido: luarbiasa hebat
3) 30 saat baru bangun tido
4) Selepas mandi (gelombang Alfa dikeluarkan oleh tubuh anak memberikan ketenangan kepada anak)
5) Selepas solat
6) Selepas mengaji quran
7) Selepas didoakan anak dengan (Al Fatihah, Ayat Kursi, Al Insyirah, Ayat 1-5 Surat Toha, surah Al Hasyr (lau anzalna hazal quran..)

✅ Jangan lupa bangun pagi doa "Allahumma inni asaluka ilman nafia wa rizqan toyyiba wa amalan mutaqobbala"
✅ Selalu baca doa elak malas dan sifat negative
✅ Sentiasa baca Bismillah 5 untuk perlindungan diri

Nota: Sila sebarkan ilmu ini. Semoga bermanfaat.