Tuesday, August 9, 2016

Power Parenting: Parenting Tanpa Stress - A review pt 2

PARENTING TANPA STRES
Second Session: Prof. Dato Dr Muhaya

✅ Kita akan dapat apa yang kita niatkan.
✅ Sebelum buat apa-apa, perlu ada niat yang jelas.
✅ Sentiasa buat refleksi diri:
1) Fizikal
2) Mental
3) Spiritual
✅ Fokus untuk didik hati
✅ Jiwa kita yang tenang, anak-anak kita tenang.
✅ Anak adalah anugerah Allah yang diberi melalui kita.
✅ Amanah ibubapa untuk didik anak-anak menjadi:
1) Hamba Allah yang taat kepada Allah.
2) Khalifah (bagi kebaikan kepada manusia).
3) Buat apa-apa ikut syariat.

✅ Fokus dalam keluarga hanyalah:
1) Syurga
2) Neraka
3) Dosa
4) Pahala

✅ Tips 5-US
1) Niat mesti lurus
2) Ibadat mesti bagus
3) Hati mesti tulus
4) Usaha mesti telus
5) Taubat mesti terus

✅ Hanya orang yang cinta dunia akan stress. Orang kaya ialah orang yang rasa cukup (qanaah).
✅ Sentiasa zikrullah dalam hati (daripada duduk saja-saja tu).
✅ Perkataan dan perbuatan mempengaruhi tenaga kita (perkataan dan perbuatan baik=tenaga kuat, perbuatan dan perkataan negatif=tenaga lemah)
✅ Fokus on developing yourself (berjaya atau tidak bergantung kepada berapa banyak kita nak berubah)
✅ Formula: Peristiwa+Respon=Hasil Kehidupan (depend kepada how we respon kepada peristiwa yang berlaku).
✅ Untuk berubah, sebut 4 perkara:
1) Alhamdulillah saya gembira dan bersyukur
2) Apakah 1 fikiran negatif yang halang saya jadi baik?
3) Apakah tabiat negatif yang cegah saya jadi baik? Try to fight tabiat buruk
4) Apakah tindakan yang kita boleh buat untuk ubah tabiat negatif tersebut?
✅ Kalau anak tak dengar cakap kita, tanya diri kita. Kita dengar tak cakap anak-anak kita?
✅ Kita degil dengan Allah, anak-anak konfem degil dengan kita
✅ 3 peringkat didikan anak-anak:
1) 0-7 tahun: Give love. Bagi kasih sayang
2) 8-14 tahun: Disiplin
3) 15-21 tahun: Be friend
✅ Hargai anak kita
✅ Jika perkara negatif berlaku, taubat dulu. Mintak ampun dari Allah
✅ Ubah diri sendiri dulu. Untuk ubah apa yang kita dapat, ubah apa yang kita beri. Pernah bagi negatif, akan dpt negatif. Bagi yang baik, dapat yang baik-baik.
✅ KUALITI SOLAT menentukan KUALITI KEHIDUPAN

Nota: Sila share dan sebarkan. Semoga bermanfaat untuk semua.

No comments: