Monday, August 8, 2016

Power Parenting: Paradigma ibu bapa positif - A review pt 1

Catching up with my blog, so anyway, couple of weeks ago Love and I attended a talk called "Power Parenting". It's an 8 to 5pm event, RM120 per pax with talks from 5 icons:

1) Dato' Dr. Fadzilah Kamsah
2) Prof. Dr. Muhaya
3) Dr. Tengku Asmadi
4) Fadzli Yusof
5) Ustazah Isfadiah

It was my first to Dato' Dr. Fadzilah Kamsah's talk, and he quickly became my favourite! Not only due to his contents but also presentation. So many things I've learned from him. Here are some notes, taken during the talk but not by me, but by my friends in the session.

I guess, since they already typed them nicely, might as well just optimize them kan? I asked for their permission beforehand by the way, so no worries. Semoga mereka mendapat pahala berpanjangan.

Oh btw, if you would like to ask me whether you should go or not, I would REALLY HIGHLY recommend this talk as it will be one of your best investment, trust me!



PARADIGMA IBU BAPA POSITIF
First Session: Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

✅ Don't ever claim "I am ok/aku dah ok" sebab: manusia mula jadi jahat bila dia rasa dia baik.
✅ Untuk sebarang perubahan: kene byk bersyukur sebab sgt ramai org tak bersyukur.
✅ Tanda-tanda org yg bersyukur:
1) Patuh perintah Allah
2) Lakukan setiap perkara dgn terbaik (always do the best in everything you do)
3) Bantu org tanpa syarat
4) Doakan org lain (org yg doakan org lain tanpa org itu ketahui, malaikat akan aminkan doanya dan doakan mende yg sama utk dirinya)
5) Maafkan org lain

✅ Asas utama: buat baik kepada kedua ibu bapamu supaya anak-anak mu berbuat baik kepada mu.
✅ Do good things no matter what.
✅ Rutin harian parents sebagai "inspirer": memberi inspirasi & contoh yg baik kepada anak-anak (ransang anak-anak & bagi penjelasan).
✅ Before do anything, DOA. (Apa yang mak ayah ckp itu DOA. Apa yang mak ayah fikir itu DOA. Maka, cakap & fikir yang baik-baik sahaja).
✅ Nak ubah orang lain, ubah diri sendiri dulu.
✅ 40 hari tak masuk dalam majlis ilmu, hati jadi gelap (majlis ilmu nowadays dah luas & senang didapati. Cth tengok majlis ilmu di tv @ internet).
✅ Manusia ditegur oleh Allah melalui manusia lain. Jadi, jangan marah/kecil hati bila ditegur. Jangan kecil hati walaupun cara menegur itu kurang hikmah.
✅ Kenal diri (siapa kenal diri, dia kenal Tuhannya).
✅ Mak ayah jangan marah-marah waktu pagi. Boleh menjejaskan emosi anak sepanjang hari.
✅ Kenapa mak bapak baik-baik, tapi anak jahat/tak dengar kata?
1) duit/rezeki TAK berkat (zakat tak dikeluarkan dengan sempurna. Zakat pendapatan tak setel. Ramai org terlepas pandang zakat emas dan perak)
✅ Kenapa mak bapak tak hebat mana dari segi pendidikan dan lain-lain tapi dapat anak yang baik-baik/pandai etc?
1) Amalan mak bapak itu sendiri (sentiasa doakan yang baik-baik kepada anak-anak & selalu mengaji quran) : sebab doa mak bapak mustajab
✅ Menurut kajian, anak yang nakal semasa kecil akan jadi orang dewasa yang bijaksana.
✅ Allah temukan yang terbaik untuk kita. Apa yang Allah bagi tak pernah silap (cth: jodoh).
✅ Kenal diri,
1) Kelebihan (gilap dan guna kelebihan yang ada pada diri kita untuk berjaya)
2) Kelemahan diri (atasi kelemahan diri untuk tujuan memperbaiki diri).
✅ Jangan risau anak tak dengar cakap kita, risaulah yang anak tengok diri kita (sebab anak akan tiru apa yg dia nampak).
✅ Rutin mak ayah yang cemerlang:
1) Solat wajib 5 waktu diawal waktu, solat-solat sunat tak tinggal terutama witir (setiap malam, bkn ramadhan sahaja), solat sunat taubat sebelom tido (jangan tido sebelom solat taubat).
2) Istighfar 70x setiap hari
3) Suami isteri memaafkan sebelom tido
4) Murnikan hati dengan sentiasa zikir, istighfar & solat taubat (semua ni membuka pintu rezeki)
5) Maafkan semua org sebelom tido
6) Tido mengiring ke kanan, baca doa & 3 Qul (kalau kita buat ni sebelom tido, setiap saat kita tido dapat pahala)
✅ GAMBAR YANG JELAS ITU ADALAH DOA YANG PALING MAKBUL
✅ Cara belajar yang betol:
1) duduk di kerusi/meja study
2) mengadap kiblat
3) Baca doa & surah Al Insyirah
4) Sebelom belajar, doakan guru-guru

✅ Setiap arahan pada anak, perlu ada gambaran.
1) Contoh arahan yg SALAH : Makan elok-elok (tiada gambaran disini macam mana cara nak makan elok-elok & anak tak bole proses arahan tu sebab dia pon tak tau macam mana nak makan elok-elok)
2) Contoh arahan yang BETUL: Irsyad, Amna.. Nak makan duduk, pastu baca doa makan & makan pakai tangan kanan ye.. (Dari sini anak dapat gambarkan macam mana cara nak terima arahan sebab gambaran yang diberikan oleh mak ayah nya jelas).

✅ Cara didik anak lelaki: guna logik & terangkan kenapa boleh kenapa tak boleh
✅ Cara didik anak perempuan: guna emosi ( kasih sayang & pujian. Puji untuk tingkatkan aura positif anak.

✅ Bentuk matlamat yang JELAS dan bentuk MISI dalam keluarga (contoh: ayah nak anak ayah jaga solat diawal waktu & baca quran lepas solat.
✅ Anak-anak kita SEMUANYA hebat tetapi berbeza-beza.
✅ Waktu maghrib, jangan benarkan anak keluar rumah melepasi waktu Maghrib (pesan Nabi untuk kita berada didalam rumah diwaktu Maghrib).
✅ Baca quran (rumah yang dibaca kan al Quran didalamnya Allah bagi rahmat).
✅ Dalam rumahtangga kita, HARAMKAN perkataan Negatif.
✅ Ibu bapa berubah dulu sebelom nak ubah anak-anak.
✅ Sentiasa ingatkan anak-anak tentang ibadah.
✅ Sebelom masuk rumah:
1) Baca Bismillah+ Surah Al Ikhlas+ salam = orang-orang dalam rumah & jiran =kaya (Hadis Sahih).
✅ Cara nak cari hidayah & rahmat Allah: terima tetamu dengan ikhlas kerana tetamu membawa masuk 1000 hidayah & membawa balik 1000 maghfirah.
✅ Parents please: No gadget at home. Gadget adalah untuk merapatkan yang jauh. Jangan kerana gadget ia menjauhkan yang dekat. Pukul 9-11pm no gadget. Simpan dalam almari.

✅ Waktu yang paling jitu untuk nasihatkan anak-anak:
1) Sebelom tido
2) Nasihat semasa tido: luarbiasa hebat
3) 30 saat baru bangun tido
4) Selepas mandi (gelombang Alfa dikeluarkan oleh tubuh anak memberikan ketenangan kepada anak)
5) Selepas solat
6) Selepas mengaji quran
7) Selepas didoakan anak dengan (Al Fatihah, Ayat Kursi, Al Insyirah, Ayat 1-5 Surat Toha, surah Al Hasyr (lau anzalna hazal quran..)

✅ Jangan lupa bangun pagi doa "Allahumma inni asaluka ilman nafia wa rizqan toyyiba wa amalan mutaqobbala"
✅ Selalu baca doa elak malas dan sifat negative
✅ Sentiasa baca Bismillah 5 untuk perlindungan diri

Nota: Sila sebarkan ilmu ini. Semoga bermanfaat.


1 comment:

Fau said...

Allahu. very beneficial sharing. TQ for the knowledge dissemination. May Allah swt reward u n the note takers blessings